Proses Pembentukan ~ Tamadun Mesopotamia

Pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utaraa dan bahagian selatan bandar Baghdad.  Bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria.  Bahagian Selatan bandar Baghdad pula meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hampir bercantum.  Kawasan ini dikenali sebagai Babylon.  Babylon pula dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di Selatan. 

Pertumbuham tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer.  Orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini.  Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai.  Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

 Petempatan awal yang berbentuk perkampung ini kemudiannya berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari.  Kesemua negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan.

 

Gambar ini ialah Babylon.

 






No comments:

Post a Comment