Sumbangan ~ Tamadun Mesopotamia

Antara sumbangan besar tamadun Mesopotamia kepada manusia sejagat termasuklah Kod Undang-undang Hammurabi. Kod Undang-undang ini digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.  Undang - undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.  Mengikut kod ini, hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.  Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar, oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut.  Kod un dang-undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.

Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.  Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.  Seterusnya, kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu dari tahun 3500 S. M. hingga tahun 539 S.M..

Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis.  Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya desertakan dengan resit, nota dan surat kredit.Di samping itu, sistem tulisan ini juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan.  Antara hasil kesusasteraannya yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia.  Epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.

Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi.  Pencerapan terhadap pergerakan bulan bintang dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik spt sistem menyira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.  Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.

Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khursus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya.  Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya.  Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sbg panduan kepada pengamal perubatan.

Salah satu kejayaan tamadun Mesopotamia adalah dalam penciptaan roda. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman.  Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatan hasil pertanian di samping mengawal banjir.

Tamadun Mesopotamia juga telah menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kpd dunia.  Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M..  Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan laut Mediterranean.

Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata drpd tanah liat.  Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu.  Contoh arca tersebut ialah patung raja Gudea.  Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina Zigurat. 

Kepimpinan berwibawa raja sangung telah berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di dunia.  Ini adalah kerana raja Sangung berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah  kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia.  Beliau merupakan pelintis kpd pembentukan sebuah empayar yang kemudiaannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya spt Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba.  Mesopotamia bukan saja menyumbang kpd pembentukan sebuah sistem pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.

 Walaupun di  Mesopotamia wujud sistem bandar, undang-undang, tatacara jual beli dan sebagainya, namun ini tidak bererti kemajuan dan ilmu itu hanya dikuasai oleh mereka.  Sebaliknya, kemajuan tamadun ini boleh dicapai dan dikembangkan oleh mana-mana bangsa di mana-mana daerah sekiranya wujud usaha yang gigih serta kayakinan diri yang tinggi. 

Keagungan sesuatu tamadun itu tidak dapat dinikmati oleh generasi sekarang sekiranya tiada pemimpin atau tokoh pada masa itu yang menyedari tentang kepentingan memelihara warisan serta khazanah bangsanya.  Pengetahuan generasi sekarang tentang tamadun ini adalah hasil usaha pemimpin masa lampaunya spt Ashurbanipal (668-627S.M.) yang telah menubuhkan sebuah perpustakaan diraja di bandar Ninevah. 


Tulisan cuneiform ini dibentuk dengan menggunakan sejenis pen drpd rumput buluh yang ditekan pada tanah liat basah.




Ukiran batu yang menunjukkan Hammurabi menerima tauliah drpd Tuhan Shamash.


Ukiran pada batu ini menunjukkan salah satu fingsi roda dalam tamadun Mesopotamia.


Lukisan arca Raja Gudea, iaitu pengasas empayar Sumeria.

1 comment: