Lokasi ~Tamadun Mesopotamia

Peta menunjukkan kedudukan Mesopotamia.

Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali sebagai Mesopotamia.  Perkataan Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani yang bermakna tanah di antara dua sungai.  Wilayah Mesopotamia ini terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi.  Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya, dan  Teluk Parsi di bahagian selatan. 

Gambar ini menunjukkan antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.

Kerangka Masa ~ Tamadun Mesopotamia

Tamadun ini telah berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M..  Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah Mesopotamia ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.  Terdapat banyak kerajaan yang muncul, berkembang dan akhirnya jatuh di lembah Mesopotamia.  Kerajaan terawal ialah Kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 S.M. dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea yang jatuh pada tahun 539 S.M..  Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting seperti yang tertera di bawah.


~Kerajaan Sumeria                                      3500-2340 S.M.

~Kerajaan Akkad                                         2371-2006 S.M.

~Kerajaan Ur                                                2113-2006 S.M.

~Kerajaan Babylon Awal / Lama                 2000-1530 S.M.

~Kerajaan Kassites                                      1530-1100 S.M.

~Kerajaan Assyria                                        1100-626 S.M.

~Kerajaan Chaldea                                       626-539 S.M.

 

Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotamia. Antara kerajaan tersebut Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Lama dan Assyria merupakan penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia.

Proses Pembentukan ~ Tamadun Mesopotamia

Pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utaraa dan bahagian selatan bandar Baghdad.  Bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria.  Bahagian Selatan bandar Baghdad pula meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hampir bercantum.  Kawasan ini dikenali sebagai Babylon.  Babylon pula dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di Selatan. 

Pertumbuham tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer.  Orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini.  Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai.  Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

 Petempatan awal yang berbentuk perkampung ini kemudiannya berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari.  Kesemua negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan.

 

Gambar ini ialah Babylon.

 






Ciri-ciri ~ Tamadun Mesopotamia

Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri.  Setiap negara kota itu terbahagi kepada kawasan utama, iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota, dan pelabuhan.  Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan  sesebuah kota.  Di dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumak kedai dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan leber.  Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa itu.  Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.  Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai. 

Melalui jalan laut, bandar, atau negara kota ini mudah dihubungi oleh wilayah di sekitarnya.  Antara jalan penghubung utama termasuklah jalan yang menhubungkan sumeria dan kota mari yang digunakan oleh perdagangan dari luar Mesopotamia.

Organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesopotamia telah menjadikan kehidupan masyarakat negara kota lebih teratur.  Masyarakat negara kota terbahagi kepada 2 golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat.  Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan orang bangsawan.  Golongan rakyat terbahagi kepada 2, iaitu rakyat bebas seperti pertani, artisan serta perdagangan, dan hamba yang terdiri daripada tawanan perang.  Susun lapis masyarakat ini dapat dilihat seperti rajah dibawa.

Dalam tamadun Mesopotamia, raja merupakan pemerintah.  Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi.  Di bawah sistem ini dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilih negara kota.  Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau Wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai Tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291-2255S.M.) di Akkad.





Susun lapis masyarakat Mesopotamia.

Sumbangan ~ Tamadun Mesopotamia

Antara sumbangan besar tamadun Mesopotamia kepada manusia sejagat termasuklah Kod Undang-undang Hammurabi. Kod Undang-undang ini digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.  Undang - undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.  Mengikut kod ini, hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.  Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar, oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut.  Kod un dang-undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.

Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.  Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.  Seterusnya, kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu dari tahun 3500 S. M. hingga tahun 539 S.M..

Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis.  Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya desertakan dengan resit, nota dan surat kredit.Di samping itu, sistem tulisan ini juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan.  Antara hasil kesusasteraannya yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia.  Epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.

Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi.  Pencerapan terhadap pergerakan bulan bintang dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik spt sistem menyira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.  Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.

Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khursus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya.  Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya.  Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sbg panduan kepada pengamal perubatan.

Salah satu kejayaan tamadun Mesopotamia adalah dalam penciptaan roda. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman.  Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatan hasil pertanian di samping mengawal banjir.

Tamadun Mesopotamia juga telah menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kpd dunia.  Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M..  Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan laut Mediterranean.

Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata drpd tanah liat.  Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu.  Contoh arca tersebut ialah patung raja Gudea.  Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina Zigurat. 

Kepimpinan berwibawa raja sangung telah berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di dunia.  Ini adalah kerana raja Sangung berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah  kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia.  Beliau merupakan pelintis kpd pembentukan sebuah empayar yang kemudiaannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya spt Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba.  Mesopotamia bukan saja menyumbang kpd pembentukan sebuah sistem pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.

 Walaupun di  Mesopotamia wujud sistem bandar, undang-undang, tatacara jual beli dan sebagainya, namun ini tidak bererti kemajuan dan ilmu itu hanya dikuasai oleh mereka.  Sebaliknya, kemajuan tamadun ini boleh dicapai dan dikembangkan oleh mana-mana bangsa di mana-mana daerah sekiranya wujud usaha yang gigih serta kayakinan diri yang tinggi. 

Keagungan sesuatu tamadun itu tidak dapat dinikmati oleh generasi sekarang sekiranya tiada pemimpin atau tokoh pada masa itu yang menyedari tentang kepentingan memelihara warisan serta khazanah bangsanya.  Pengetahuan generasi sekarang tentang tamadun ini adalah hasil usaha pemimpin masa lampaunya spt Ashurbanipal (668-627S.M.) yang telah menubuhkan sebuah perpustakaan diraja di bandar Ninevah. 


Tulisan cuneiform ini dibentuk dengan menggunakan sejenis pen drpd rumput buluh yang ditekan pada tanah liat basah.




Ukiran batu yang menunjukkan Hammurabi menerima tauliah drpd Tuhan Shamash.


Ukiran pada batu ini menunjukkan salah satu fingsi roda dalam tamadun Mesopotamia.


Lukisan arca Raja Gudea, iaitu pengasas empayar Sumeria.

Soalan Kuiz ~ Tamadun Mesopotamia

Antara berikut, yang manakah BUKAN sumbangan Kod Undang-Undang Hammurabi kepada Tamadun Mesopotamia?

 

A.

Memperkenalkan sistem tulisan cuneiform.

B.

Membolehkan Tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang.

C.

Mewujudkan keamanan di kalangan masyarakat yang berlainan dari segi taraf dan kaum.

D.

Mengukuhkan perpaduan dan sistem organisasi masyarakat.

 

Jawapan: A